Wednesday, 26 July 2017

Kata Ganda

KATA GANDA

1   Kata ganda ialah perkataan yang terhasil atau terbentuk daripada perkataan yang digandakan, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya
2      Kata ganda terbahagi kepada tiga bentuk seperti yang berikut:
        (a)   Kata ganda penuh             
        (b)   Kata ganda separa                             
        (c)   Kata ganda berentak


  Kata Ganda Penuh
1  Kata ganda penuh ialah kata ganda yang seluruh kata dasarnya digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
2  Kata dasar yang boleh digandakan keseluruhannya boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

Kelas Kata
Kata Ganda Penuh
Kata nama tunggal
jam-jam                  kereta-kereta                     serangga-serangga      
jalan-jalan              sekolah-sekolah                permaidani-permaidani
Kata nama berimbuhan

pemberita-pemberita          soalan-soalan            persatuan-persatuan
pelatih-pelatih              makanan-makanan           peralatan-peralatan
kekasih-kekasih              seniman-seniman            kejayaan-kejayaan
Kata nama majmuk
guru-guru besar          jam-jam tangan                         bom-bom tangan
setiausaha-setiausaha               jawatankuasa-jawatankuasa 
Kata kerja

duduk-duduk                      gelak-gelak                     pusing-pusing
geleng-geleng                     agah-agah                       muntah-muntah
Kata adjektif
hitam-hitam             muda-muda                     kaya-kaya                        indah-indah                        jinak-jinak                         gagah-gagah
ragu-ragu               hebat-hebat                      susah-susah       
Kata adverba

awal-awal                      betul-betul                       jarang-jarang         
laju-laju                              diam-diam                       sama-sama
pura-pura                            malam-malam                 sedikit-sedikit
Kata tanya
mana-mana                         apa-apa


INFO BAHASA
(a) Sesetengah kata nama tunggal, setelah digandakan, tidak menyatakan maksud bilangan banyak/jamak. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu menyatakan maksud bilangan tunggal kerana hanya wujud dalam bentuk penggandaan penuh. Contoh perkataan-perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

                       agar-agar                    onde-onde                ampai-ampai
                    kura-kura                   kanak-kanak            biri-biri
                    labi-labi                     biri-biri                    anai-anai
                   kura-kura                    jemput-jemput         angkut-angkut
 
 







(b)   Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya       untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
        Contoh:
        •   Ibu-ibu bapa (X)
             * Ibu bapa (√)
        •   Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
             * Pinggan mangkuk (√)



(c)   Bagi kata ganda penuh yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
        Contoh:
        •  Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
            * Gelas-gelas itu telah retak. (√)
            * Tiga biji gelas itu telah retak. (√)

(d)   Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda penuh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
        Contoh:
        •    Gelas-gelas itu cantik-cantik belaka. (X)
              * Gelas itu cantik-cantik belaka (√)

(e)   Kata bilangan boleh digunakan bersama-sama kata ganda penuh yang menyatakan makna tunggal.
        Contoh:
        •   Tiga ekor rama-rama hingap pada bunga itu.
        •   Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.

  Kata Ganda Separa       
1      Kata ganda separa ialah kata ganda yang sebahagian kata dasarnya sahaja digandakan.
2      Kata ganda separa boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

Kelas Kata
Kata Ganda Separa
Kata nama tunggal
Kata nama tunggal
gegelang, pepohon, kekura, lelaki, sesiku, sesungut, kekisi, bebola, jejentik, lelabah, kekunci, tetamu, rerambut, reriang, kekacang, bebuli, jejari
Kata nama berakhiran
sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan, bayang-bayangan,
bunga-bungaan, burung-burungan
Kata kerja

Kata kerja berimbuhan awalan
berlari-lari, berkata-kata, tertanya-tanya, tersenyum-senyum, dimarah-marah, dipicit-picit, mencari-cari, meronta-ronta, bantu-membantu
Kata kerja berakhiran “an” dan “i”
tinggal-tinggalkan, doa-doakan, amat-amati, puku-pukuli
Kata kerja berapitan
bersalam-salaman, berkenal-kenalan, bertumbuk-tumbukan, berkejar-kejaran, menggosok-gosokkan, menanya-nanyakan, menghentak-hentakkan,
memukul-mukuli, membohong-bohongi, mengulang-ulangi
dibisik-bisikkan, ditinggal-tinggalkan, dimanja-manjakan
Kata adjektif
Kata adjektif berawalan
secantik-cantik, sebaik-baik, sepandai-pandai, sekuat-kuat
Kata adjektif berakhiran
Kecil-kecilan, besar-besaran, jadi-jadian, rindu-rinduan
Kata adjektif berapitan
kebarat-baratan, kemerah-merahan, kemalu-maluan, kebodoh-bodohan

Kata adverba

Kata adverba berawalan
berdikit-dikit, bersungguh-sungguh, teresak-esak, terburu-buru, setinggi-tinggi
Kata adverba berakhiran
mati-matian, gila-gilaan, habis-habisan, kecil-kecilan,

INFO BAHASA
(a)   Kata ganda separa, daripada kelas kata nama tunggal, boleh menyatakan maksud bilangan tunggal atau menyatakan maksud bilangan banyak/jamak. Contoh perkataan-perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

Maksud bilangan tunggal
Maksud bilangan banyak
tetamu                              lelayang
kekuda                              tetulang
jejentik                               sesiku
kekabu                               sesendi  
lelada                                     dedahan
kekotak                                 jejari
jejala                                      pepohon
dedaun                                  bebuluh

(b)   Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa maksud bilangan banyak/jamak.
        Contoh:
        •  Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
            * Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
            * Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)

(c)   Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang membawa maksud bilangan tunggal.
        Contoh:
        •  Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
        •  Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.

(d)   Sekiranya kata ganda separa daripada kata kerja yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud saling, perkataan saling tidak perlu dibubuh di hadapan kata ganda separa itu.
        Contoh:
        •  Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
            * Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
            * Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling memotong. (√)



  Kata Ganda Berentak
1      Kata ganda berentak ialah kata ganda yang kata dasarnya digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
2      Dalam penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
3      Kata dasar yang boleh digandakan keseluruhannya boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

Kelas Kata
Kata Ganda Berentak
Kata nama
lauk-pauk                            kuih-muih                     sayur-mayur
warna-warni                        gunung-ganang             kayu-kayan
saudara-mara                       anak-pinak                   sedu-sedan
Kata kerja

bolak-balik                           lalu-lalang                   huyung-hayang
cerai-berai                            gotong-royong             tunggang-langgang
ulang-alik                             guling-gantang
Kata adjektif

kusut-masai                         lekak-lekuk                   gelap-gelita
compang-camping               kacau-bilau                   gilang-gemilang
Kata adverba

hingar-bingar                       lintang-pukang              susup-sasap         
serta-merta                           sedu-sedan                    mundar-mandir



INFO BAHASA
Sesetengah kata ganda berentak telah sedia membawa makna sangat atau paling; maka kata penguat tidak boleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda berentak itu.
Contoh:
(a)   Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
        * Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
        * Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
(b)   Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
        * Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
        * Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)



No comments:

Post a Comment