Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.
Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel –kah hendaklah disertakan.
Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.
Kata Tanya
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
1. apa
|
Untuk menanyakan benda atau haiwan
|
Apakah tajuk lagu itu?
|
2. siapa
|
Untuk menanyakan manusia
|
Siapakah lelaki yang tinggi itu?
|
3. bila
|
Untuk menanyakan masa
|
Bilakah kamu sampai?
|
4. berapa
|
Untuk menanyakan jumlah
|
Berapakah harga baju ini?
|
5. bagaimana
|
Untuk menanyakan cara atau keadaan
|
Bagaimanakah keadaan ibu kamu sekarang?
|
6. mengapa
|
Untuk menanyakan sebab
|
Mengapakah kamu menangis?
|
7. mana
|
Untuk menanyakan tempat
|
Di manakah kamu tinggal?
|
Latihan Kata Tanya
Plih jawapan yang betul.
1. __________ kah kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?
A. Mana C. Bila
B. Siapa D. Berapa
2. __________ kah harga sehelai baju batik ini?
A. Mana C. Bila
B. Siapa D. Berapa
3. __________ kah punca kemalangan itu?
A. Bila C. Mana
B. Apa D. Berapa
4. Di __________ kah letaknya perpustakaan awam?
A. Apa C. Mengapa
B. Siapa D. mana
5. __________ kah ibu kamu tidak datang ke rumah saya?
A. Mengapa C. Bila
B. Bagaimana D. Berapa
6. __________ kah yang tertinggal buku ini di atas meja?
A. Mana C. Bagaimana
B. Siapa D. Berapa
7. __________ kah kucing itu mengiau?
A. Apa C. Siapa
B. Mengapa D. Mana
8. __________ kah cara membuat kek coklat ini?
A. Apa C. Bila
B. Siapa D. Bagaimana